
Tauke Kedai Kereta Terpakai Baik Hati, Hadiahkan Keluarga Adik Aariz Proton Persona
Kisah berkenaan adik Mohd Aariz bersama ibu bapanya yang menjadi tular sebelum ini telah menarik perhatian banyak pihak.
Orang ramai khususnya warga maya yang melihat perkongsian viral dibuat seorang pemilik akaun media sosial itu merasa amat tersentuh dengan situasi yang ditempuhi keluarga tersebut.
Malah, kisah adik Aariz turut menarik perhatian ramai pemimpin negara, termasuklah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut BERNAMA, ayah kepada kepada adik Aariz, Mohd Azlan merasa amat terharu apabila mendapat tahu kesulitan mereka sampai kepada pengetahuan pemimpin nombor satu negara itu.
Tauke kereta terpakai hadiahkan keluarga Adik Aariz Proton Persona
Selepas kisah mereka menjadi tular, rakyat Malaysia yang prihatin kemudian mula sepakat untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga berkenaan, termasuk bantuan wang ringgit.
Terbaru, seorang pemilik kedai kenderaan terpakai turut berkesempatan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang dihadapi keluarga adik Aariz.
Menerusi video yang menjadi tular di media sosial, Daniel Firdaus memaklumkan kereta yang dihadiahkan kepada keluarga tersebut merupakan sebuah kereta terpakai model Proton Persona.
Pemberian diharap dapat meringankan beban dihadapi keluarga Encik Lan
“Alhamdulillah, selesai proses penyerahan kereta Persona kepada Encik Lan serta isteri. Diharap sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang dihadapi anaknya,” katanya.
Ujar Daniel Firdaus, pada mulanya keluarga itu terlebih dahulu datang ke kedai mereka untuk membeli kereta terpakai berharga sekitar RM1000 untuk tujuan ulang-alik ke hospital.
“Walaupun Abang Aji bagi Encik Lan pilih kereta, Encik Lan tidak kisah dan tidak meminta-minta.
“Mana-mana di luar sana yang ada sedikit rezeki lebih, sama-samalah kita membantu walaupun 1 sen. Rezeki Allah itu luas, tidak luak sedikit pun harta jika membantu saudara seagama,” katanya lagi.
Hantaran yang dikongsikan oleh Daniel Firdaus itu pantas menjadi viral di media sosial. Setakat ini, reel yang dimuat naik di laman Facebooknya itu sudah pun mendapat lebih 35,000 tanda suka dan dikongsi lebih 9,000 kali.
Menjengah ke ruang komen pada hantaran tersebut, rata-rata warga maya mengucapkan terima kasih kepada pemilik kedai kereta terpakai di atas kebaikan yang dilakukannya.
Sumber: Daniel Firdaus
The post Tauke Kedai Kereta Terpakai Baik Hati, Hadiahkan Keluarga Adik Aariz Proton Persona appeared first on Siakap Keli.



