Alam Flora beri kerjasama siasatan insiden lori terbabas hempap 3 kenderaan

13 Aug 2026 • 10:22 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Alam Flora beri kerjasama siasatan insiden lori terbabas hempap 3 kenderaan

PETALING JAYA – Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) mengesahkan berlaku insiden membabitkan sebuah lori kompaktornya di Jalan Pantai Murni 1, Pantai Hillpark, Kuala Lumpur awal pagi semalam.

Alam Flora dalam kenyataan berkata, pihaknya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berkaitan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

“Pihak kami memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang berkaitan serta memberikan segala bantuan yang diperlukan bagi melancarkan siasatan.

“Lori berkenaan juga akan menjalani pemeriksaan lanjut seperti yang ditetapkan oleh pegawai penyiasat,” katanya di sini hari ini

Selain itu katanya, keselamatan dan kesejahteraan warga kerja, kontraktor serta orang awam sentiasa menjadi keutamaan syarikat.

“Perkara ini dipandang serius dan sebarang tindakan susulan yang diperlukan akan dilaksanakan berdasarkan hasil siasatan.

“Kami amat kesal atas kesan yang ditimbulkan daripada insiden ini terhadap komuniti yang
terjejas dan kekal komited untuk memastikan tahap keselamatan yang tinggi dalam semua
aktiviti operasi.” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan sebuah lori sampah terbabas sebelum menghempap tiga buah kenderaan yang diparkir di kawasan kondominium Pantai Hillpark, Kuala Lumpur awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, kejadian di Jalan Pantai Murni 1 itu dipercayai berlaku sekitar pukul 4.10 pagi. – KOSMO! ONLINE

The post Alam Flora beri kerjasama siasatan insiden lori terbabas hempap 3 kenderaan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved