Alam semesta yang diduduki kita semua adalah fana dengan ia akan hancur lebur apabila tibanya hari kiamat. Bilakah ini akan berlaku masih lagi misteri tetapi ahli fizik dari Radboud University, Belanda mengatakan alam semesta akan reput lebih awal berbanding ramalan asal.

Mereka mengatakan alam semesta akan reput dalam masa 1078 tahun dan ini adalah lebih awal berbanding lagi 101100 mengikut perkiraan saintis terdahulu. Kerdil putih (white dwarf) ialah bintang yang dipercayai akan kekal paling lama di alam semesta.
Penyelidik Radboud University menggunakan teori Sinaran Hawking yang mengatakan lubang hitam dan kerdil putih boleh “menyejat” selepas ia tidak lagi menambahkan jisim dengan menyedut objek di persekitaran. Menggunakan pengetahuan astro fizik dan matematik, sebuah kerdil putih akan “tersejat” dalam masa 1078 tahun. Selepas tiada lagi kerdil putih, alam semesta juga musnah.
Kita tidak perlu panik kerana alam semesta akan musnah jauh di masa hadapan. Alam semesta sekarang dianggarkan baru berusia 1.38 1010 tahun. Sungguhpun alam semesta tidak akan pupus dalam masa terdekat, masa depan manusia masih terancam disebabkan oleh kemusnahan alam sekitar dan sumber yang semakin berkurangan.
Kertas kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal Journal of Cosmology and Astroparticle Physics.



