Samsung Galaxy S25 Edge Hanya Dijual Di 7 Pasaran Sahaja

TechnologyDigital
13 May 2025 • 8:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy S25 Edge ialah telefon pintar paling nipis pernah dihasilkan oleh Samsung. Selepas dilancarkan pagi ini, tiada maklumat bilakah ia akan dijual di Malaysia. Pada peringkat awal, Galaxy S25 Edge akan hanya dijual di tujuh pasaran sahaja iaitu

  • Amerika Syarikat
  • Australia
  • EU
  • India
  • Kanada
  • Korea Selatan
  • United Kingdom

Ini ialah strategi yang sama seperti selepas Galaxy Ring dilancarkan Julai tahun lalu dengan ia juga ditawarkan ke pasaran tertentu sahaja. Ia hanya mula dijual di Malaysia bulan lalu dengan ia perlu ditempah beberapa minggu lebih awal. Maka bolehlah diramalkan Galaxy S25 Edge mungkin akan tiba ke pasaran Malaysia di masa hadapan sekiranya produk mendapat sambutan di pasaran lain.

image is not available

Peranti dilengkapi skrin 6.7″ AMOLED LPTPO 120 Hz, dijana cip Snapdragon 8 Elite for Galaxy, memori sebesar 12GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri pula sebesar 3900 mAh dengan pengecasan berwayar 25W.

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP f/1.7 dan lensa ultra lebar 12MP f/2.2. Ini berbeza dengan siri Galaxy S25 lain yang dilengkapi tri-kamera di belakang. Di hadapan pula kamera 12MP f/2.2 diletakkan dalam lubang skrin. Di Amerika Syarikat peranti nipis ini dijual pada harga bermula $1100 (~RM 4763) sebuah.