
Telah pun keluar dari SM Entertainment, Lay EXO nampaknya lebih aktif dengan aktiviti di China kini.
Baru-baru ini, Lay telah terpalit dengan khabar angin percintaan, selepas dia dan seorang dilihat keluar dari hotel yang sama.
Khususnya, kereta Lay Zhang dan pelakon serta penyanyi popular di China iaitu Zhao Lusi, diletakkan di sebuah hotel dan kedua-dua mereka ‘ditangkap’ meninggalkan hotel itu dalam jarak 10 minit antara satu sama lain.

Setelah pelbagai dakwaan dibuat, agensi lelaki itu menjelaskan,
Dakwaan itu adalah khabar angin sahaja dan Lay sedang memberi tumpuan kepada promosinya. Dia tidak mempunyai rancangan untuk bercinta.
Kalau betul pun, apa salahnya kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Alamak! Ahli EXO Ini ‘Ditangkap’ Keluar Dari Hotel Sama Bersama Pelakon Wanita Popular first appeared on KimchiDaily.my.


