
Peminat siri rancangan kanak-kanak Sesame Street pasti kenal siapa itu Elmo.
Wataknya yang lucu, periang dan comel memang menjadi pujaan ramai, malah Elmo juga terkenal di seluruh dunia.
Tapi siapa menyangka Elmo juga boleh bertukar ganas? Menerusi video yang tular di media sosial, dapat dilihat bagaimana ‘Elmo’ membelasah seorang lelaki sehingga cedera.
Kejadian itu dikatakan berpunca daripada perbuatan mangsa yang ‘menumbuk’ perut ‘Elmo’ sehingga menyebabkan dia berang. - Getaran, 15 Mei 2024
