“Ni anak no 2 ke?” – Jari Kanak-kanak Tersekat Tulang Kambing, Terpaksa Panggil Bomba!

Entertainment
3 May 2024 • 1:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mesti korang pernah ada pengalaman memalukan ketika zaman kanak-kanak dulu kan? Kadangkala bila diingat semula, kita juga tidak tahu bagaimana perkara itu boleh terjadi. Betul tak?

Terbaru, satu video tular di TikTok yang memaparkan seorang kanak-kanak terpaksa dikejarkan ke bomba selepas jarinya tersekat tulang kambing daging perap.

Dalam video itu, dapat dilihat jari kanak-kanak itu tersangkut tulang yang berbentuk seperti sebentuk cincin dan ianya bahagian tulang yang sering terdapat dalam kambing perap.

@bombatelukintan

Selesai Pak Mat Western boleh la sponsor adik ni sebab adik ni suka makan daging perap Pak Mat

♬ Cinta Setandan Pisang – Eda Ezrin & Den Manjo

Video tersebut dikongsikan di TikTok oleh Bomba Teluk Intan, merujuk kapsyen video itu difahamkan ianya kambing perap jenama terkenal iaitu Pak Mat Western.

“Pak Mat Western boleh la sponsor adik ni sebab adik ni suka makan daging perap Pak Mat,” tulisnya di kapsyen.

Pelbagai telatah dapat dirakamkan dalam video tersebut, salah satunya ialah seorang bomba dilihat menggaru kepalanya seakan tidak dapat memahami apa yang sedang berlaku.

Di pengakhiran video itu, tulang daging kambing itu dilihat berjaya dipotong dan kanak-kanak itu juga berada dalam keadaan yang selamat.

Adui, nasib baik semuanya selamat…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.