Alamak! Pesan Mi Tarik, Yang Sampai Nasi Daging Babi

4 Jun 2024 • 3:03 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tular di media sosial seorang pengguna khidmat p-hailing meluahkan rasa kesal apabila penghantar makanan tersalah hantar juadah yang tidak halal ke rumah sahabatnya yang beragama Islam.


Makanan mengandungi daging babi

Menerusi perkongsian di Facebook, individu dikenali dengan nama Izham Nayan ini memaklumkan pesanan yang dihantar oleh penghantar makanan itu mengandungi daging khinzir.

“Food Panda salah hantar makanan babi ke rumah kawan saya. Anak-anak dia dah termakan. Asal oder Mee Tarik Warisan.

“Ibu tengah menguruskan kelas atas talian, anak anak kecil pula tengah lapar. Ayah oderkan untuk anak dekat rumah.

“Anak terima dan makan sahaja. Resit biasa tampal dekat luar tapi yang ini resit dekat belah bawah sekali dalam plastik. Keluarkan semua baru jumpa resitnya,” jelasnya.

 


Sementara itu, di ruangan komen kejadian tular ini mendapat pelbagai pandangan berbeza daripada netizen. 

Antaranya:

image is not available


image is not available

image is not available
Terdahulu, berdasarkan resit dan foto tular yang dikongsi, pesanan awal dibuat membabitkan mi tarik bersama sup daging dan dumpling.

Bagaimanapun makanan yang diterima mangsa adalah nasi ayam panggang bersama daging babi panggang.