Alami ‘Acrophobia’, Zahiril Adzim Boleh Pengsan Bila Berada Di Tempat Tinggi - “Saya Akan Mula Rasa Berpinar, Visual Jadi Gelap…”

11 Nov 2024 • 9:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Zahiril Adzim mendedahkan dia sebenarnya mempunyai masalah ketakutan berada di tempat yang tinggi atau ‘acrophobia’.

Masalah ketakutan

Bukan lagi gayat, tapi pelakon yang memegang watak sebagai Falah dalam drama siri Andai Tiada Dia itu akan diserang anxiety dan boleh pengsan jika berada di tempat tinggi.

 

“Mungkin ramai tak tahu atau mungkin ada yang tahu saya ada ‘acrophobia’ iaitu tahap ketakutan di tempat yang tinggi.

 

“Saya bukan lagi level gayat, saya kalau berada di tempat tinggi, dia macam anxiety, saya akan mula rasa berpinar, visual saya akan jadi gelap dan saya boleh pengsan,” kongsi Zahiril.

Zahiril atau nama sebenarnya Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar berkongsi perkara itu menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram Bambam_studio.

Menggigil pandu kereta

Pada perkongsian lain, pelakon berusia 40 tahun ini juga berkata nafasnya menjadi sangat laju apabila memandu kereta di lebuhraya DUKE dan SUKE.

 

“Orang tak tahu benda itu, orang ingat saya lompat sana lompat sini… even naik highway DUKE, SUKE, saya dah menggigil bawa kereta. Nafas saya akan jadi laju… sangat laju.

 

“Kalau saya seorang-seorang tak apa, tak risau sangat. Tapi saya akan risau bawa isteri dan anak, saya takut pengsan masa saya tengah drive (memandu),” katanya lagi.