Alami Batuk & Sakit Dada, Pasangan Kekasih Terkejut Dah 6 Bulan Minum Air Tandas

Entertainment
30 Nov 2023 • 3:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sepasang kekasih secara tidak sengaja menggunakan air tandas selama enam bulan untuk minum, masak dan mandi di kediaman mereka.

Punca kejadian diketahui apabila teman wanita berasa hairan mereka mula mengalami masalah kesihatan sejak berpindah ke rumah sewa berkenaan pada Mei lalu di Beijing, China.

Lelaki yang dikenali sebagai Tan, mengalami masalah keguguran rambut dan jerawat yang teruk, manakala teman wanitanya mengalami batuk dan rasa tidak selesa di bahagian dada.

Selepas beberapa bulan berpindah ke rumah itu, Tan tersedar mereka belum membayar bil air namun hairan mengapa bekalan air tidak pernah dipotong. Mereka juga mendapati meter air tidak berganjak walaupun menggunakan air pada setiap hari.

image is not available

Panggil tukang paip periksa

Merasakan ada sesuatu yang tidak kena, pasangan itu mengambil keputusan untuk memanggil tukang paip bagi memeriksa paip di kediaman mereka.

Selepas membuat pemeriksaan, tukang paip memaklumkan terdapat sebatang paip yang menghubungkan air di tandas dan paip air utama.

Pasangan itu diberitahu bahawa mereka telah menggunakan campuran air paip dan air tandas untuk minum, masak dan mandi.

Tukang paip kemudian membetulkan semula sambungan paip tersebut dan Tan menuntut ganti rugi daripada pihak syarikat yang mengendali hal sewaan rumah.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.