Alami Gangguan Bekalan Air, Pengilang Pulau Pinang Beli Air Dari Perak

11 Jan 2024 • 11:22 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pengilang Pulau Pinang dilaporkan membeli air dari loji rawatan air Lembaga Air Perak (LAP) ekoran negeri berkenaan mengalami gangguan bekalan air ketika ini.

Memetik laporan Utusan Online, tanda tanya mengenai berpuluh-puluh lori tangki di tepi Jalan Persekutuan Ipoh-Butterworth menunggu giliran mengisi air dari loji rawatan air LAP Sungai Rawa terjawab.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pihak LAP memaklumkan air tersebut dibeli oleh pihak pengilang di Pulau Pinang.

“Info (maklumat) dari LAP. Loji air di Pulau Pinang ditutup. Pengilang-pengilang di Pulau Pinang beli air dari LAP,” katanya ketika dihubungi Utusan Online semalam.

image is not available

Sebelum ini kemunculan berpuluh buah lori tangki menimbulkan pertanyaan ramai.

Menurut sumber lapangan, ketika disoal, pemandu lori yang ditemui menyatakan mereka menerima arahan untuk mengisi air ke dalam tangki treler untuk dibawa ke Pulau Pinang.

“Saya hanya menerima arahan daripada majikan, begitu juga dengan kawan-kawan yang lain.
“Air ini akan dibawa ke Pulau Pinang hari ini,”kata pemandu lori yang enggan dikenali.

image is not available

Menurut sumber lagi, dianggarkan 60 lori tangki sudah selesai mengisi air terawat di loji rawatan di LAP pada sebelah pagi.

Terdahulu, pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan lebih 500,000 penduduk Pulau Pinang akan berdepan dengan gangguan bekalan air berjadual selama empat hari.

image is not available

Ia bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.

Sekurang-kurangnya 101 kawasan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) dijangka menerima bekalan air selepas 48 jam.

image is not available

image is not available

Manakala 157 kawasan membabitkan daerah SPT, Seberang Perai Selatan (SPS) dan Timur Laut serta Barat Daya di kawasan pulau akan mula menerima bekalan air selepas 72 jam.

Sumber: Utusan Online (Wat Kamal Abas)