Alami Gangguan Elektrik, IOI City Mall Ditutup Sementara Sehingga Bekalan Pulih Semula

28 Mar 2024 • 12:10 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Alami Gangguan Elektrik, IOI City Mall Ditutup Sementara Sehingga Bekalan Pulih Semula

Pusat beli-belah, IOI City Mall Putrajaya mengalami masalah gangguan bekalan elektrik dan ditutup buat seketika pagi ini sehingga keadaan menjadi pulih seperti sedia kala.

Pihak IOI City Mall dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang membaiki masalah bekalan elektrik itu.

“IOI City Mall kini sedang menghadapi gangguan bekalan elektrik dan sedang dalam proses baik pulih oleh TNB.” jelasnya.

Selain itu, pihak pengurusan pusat beli belah itu memaklumkan premis itu akan ditutup buat sementara waktu.

“Pusat beli belah ini akan ditutup pada pagi ini sehingga bekalan elektrik kembali seperti biasa, yang dianggarkan dalam lingkungan 1.00 tengah hari hingga 5.00 petang,” tambah pihak pengurusan itu lagi.

Sehubungan itu, pihak pengurusan IOI City Mall memohon maaf atas insiden itu. Orang ramai juga diminta untuk mendapatkan maklumat terkini menerusi laman sosial media IOI City Mall.

GSC bakal memulangkan semua bayaran bagi pelanggan yang sudah menempah tiket wayang

Sementara itu, Golden Screen Cinemas (GSC) memaklumkan bahawa pihaknya bakal memulangkan semula wang bagi pelanggan yang terjejas susulan masalah yang berlaku di IOI City Mall itu.

Disebabkan masalah tersebut, semua tayangan di GSC IOI City Mall dan GSC IOI City Mall 2 (East) akan dibatalkan sehingga 5.00 petang hari ini.

“Bagi pelanggan yang telah membeli tiket dan e-combo secara atas talian, bayaran semula akan diproses secara automatik dalam 14 hari bekerja,

“Jika anda telah membeli tiket melalui e-kiosks, sila lawati premis kami untuk mendapatkan bayaran semula dalam masa tujuh hari,” jelas GSC.

Menerusi laman X, GSC turut memohon maaf di atas segala kesulitan.

Sumber: IOI City Mall via Facebook, GSCinemas via X