Gangguan Bekalan Elektrik Berlarutan, IOI City Mall Ditutup Hari Ini

28 Mar 2024 • 4:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gangguan Bekalan Elektrik Berlarutan, IOI City Mall Ditutup Hari Ini

IOI City Mall ditutup sepenuhnya hari ini selepas masalah gangguan bekalan elektrik di pusat beli-belah itu masih berlarutan.

Pihak pengurusan IOI City Mall dalam satu kenyataan terbaru berkata pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengenal pasti pelbagai kerosakan dan sedang berusaha membaikinya.

Sungguhpun begitu, TNB tidak dapat memberikan jaminan bila bekalan elektrik itu akan pulih semula.

Oleh sebab itu, pusat beli belah berkenaan tidak akan beroperasi hari ini bagi menjaga kebajikan penyewa dan pelanggan di sana.

Ini juga dapat memberikan lebih banyak masa kepada TNB untuk bekerja dan menyelesaikan masalah yang berlaku pada bekalan kuasa terbabit.

“Kami berterima kasih atas kesabaran anda dan mengalu-alukan kedatangan anda ke sini lagi,” jelasnya.

Sebelum ini, pihak IOI City Mall telah memaklumkan masalah bekalan elektrik di pusat beli belah terbabit pada 9.19 pagi tadi.

“IOI City Mall kini sedang menghadapi gangguan bekalan elektrik dan sedang dalam proses baik pulih oleh TNB.” jelasnya.

Selain itu, pihak pengurusan pusat beli belah itu memaklumkan premis itu akan ditutup buat sementara waktu.

Dalam kenyataan tersebut, masalah itu pada awalnya dijangka selesai sekitar 1.00 tengah hari hingga 5.00 petang hari ini.

Sehubungan itu, pihak pengurusan IOI City Mall memohon maaf atas insiden itu. Orang ramai juga diminta untuk mendapatkan maklumat terkini menerusi laman sosial media IOI City Mall.

Sumber: IOI City Mall via Facebook