Alami Gangguan Perkhidmatan, Stesen LRT Kelana Jaya Sehingga Stesen LRT Ampang Park Ditutup

8 Nov 2022 • 5:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Laluan stesen tren Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya hingga Stesen LRT Ampang Park dilaporkan kini telah ditutup kepada semua pengguna bermula hari ini.

Memetik pengumuman dari Rapid KL menerusi laman Twitter milik mereka sebentar tadi, para penumpang diminta untuk menggunakan perkhidmatan bas perantara percuma.

Selain itu, Rapid KL juga turut mencadangkan kepada pengguna untuk mengambil mod pengangkutan alternatif lain. Di kesempatan itu juga, pihak Rapid KL memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku.