Gangguan Sistem Pemanduan Automatik LRT Pulih, Perkhidmatan Kembali Normal

8 Nov 2022 • 9:59 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gangguan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya akibat masalah sistem pemanduan automatik berhampiran stesen KLCC yang berlaku malam tadi, kembali normal awal pagi ini - Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Gangguan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya akibat masalah sistem pemanduan automatik berhampiran stesen KLCC yang berlaku malam tadi, kembali normal awal pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid KL) menerusi perkongsian di Facebook.

“Jadual perjalanan telah kembali normal.

“Terima kasih atas kesabaran anda. Kami memohon maaf di atas kesulitan,” menurut perkongsian itu.

Terdahulu, menerusi kenyataan dikeluarkan Rapid KL malam tadi, ia memaklumkan perkhidmatan LRT laluan itu yang tergendala pada jam 8.39 malam, masih mengalami masalah sistem pemanduan automatik, sehingga menyebabkan gangguan perjalanan di antara Stesen Kelana Jaya dan Stesen KLCC.

“Jurutera kami sedang mengenalpasti masalah mula dikesan pada jam 8.39 malam tersebut dan bagi memastikan keselamatan penumpang, pihak operator mengambil keputusan menghentikan perkhidmatan di antara Stesen Ampang Park dan Stesen Kelana Jaya pada jam 10.15 malam,” katanya.

Bagi memudahkan perjalanan pengguna yang terjejas dengan masalah itu, katanya, pihak operator menyediakan perkhidmatan bas percuma di stesen terlibat.

“Penumpang juga diminta menggunakan mod pengangkutan alternatif,” katanya.

Rapid KL menerusi status terkininya memaklumkan akan mengadakan taklimat media mengenai gangguan terbabit pagi ini. – Getaran, 8 November 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved