
Meskipun belum bermula secara rasmi, temasya sukan Olimpik Paris 2024 telah mencetuskan beberapa kontroversi, dari uniform atlet sukan negara kita dan Thailand yang dikritik oleh netizen dan atlet gimnastik Jepun yang dihantar pulang dari Olimpik Paris gara-gara merokok.
Kali ini atlet sukan hoki negara Australia pula menjadi sorotan kerana dia sanggup mengorbankan jarinya demi bertanding di Olimpik Paris yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini di ibu kota Perancis.
Matthew Dawson, atlet hoki Australia itu memutuskan untuk memotong jari manisnya selepas jari tangan kanannya itu mengalami kecederaan baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: “Tak sertai Olimpik” – Ketua Pasukan Gimnas Wanita Jepun Dihantar Pulang Kerana Merokok
Artikel berkaitan: Sama Seperti Tokyo, Katil ‘Anti-Maksiat’ Bakal Digunakan Di Sukan Olimpik Paris 2024
Difahamkan, jari atlet berusia 30 tahun itu baru-baru ini patah dan selepas menerima rawatan, doktor memberinya pilihan sama ada membiarkan jarinya itu pulih terlebih dahulu atau memotong sebahagian dari jarinya itu.
Jika dia memilih untuk membiarkan jarinya itu sembuh dari kecederaan patah itu, sudah tentu dia tidak dapat menyertai acara sukan berkenaan kerana jarinya yang cedera itu tidak boleh digunakan.
Namun, oleh kerana dia tetap mahu menyertai acara sukan Olimpik di Paris hujung bulan ini mewakili negaranya bagi acara hoki, dia membuat keputusan untuk membiarkan doktor memotong sebahagian kecil daripada jarinya itu yang terkesan akibat kecederaan terbabit.

Memetik laporan South China Morning Post, atlet hoki yang telah memenangi pingat perak di Olimpik Tokyo 2020 itu mengatakan dia tidak mempunyai masa yang panjang untuk berfikir tentang keputusan itu.
Namun, menurutnya lagi, dia merasakan bahawa dia mempunyai semua informasi yang membantunya untuk membuat keputusan tersebut untuk kehidupan dan kesihatannya selepas ini.
Sumber: South China Morning Post
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

