Alami Kecederaan Lutut, Hairul Azreen Terpaksa Tarik Diri Dari Membintangi Filem 'The Original Gangster' 

15 Feb 2023 • 6:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Perkara itu telah dimaklumkan oleh Hairul menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram beliau. - Gambar Instagram

Malang tidak berbau, itulah yang telah berlaku kepada pelakon terkenal Hairul Azreen apabila dia mengalami kecederaan di lutut sehingga memaksanya menarik diri dari membintangi filem The Original Gangster arahan Syamsul Yusof.

Perkara itu telah dimaklumkan oleh Hairul menerusi satu hantaran yang dimuatnaik di akaun Instagram beliau. 

“Dukacita dimaklumkan saya tak dapat teruskan penggambaran The Original Gangster disebabkan  ACL (ligamen) lutut kiri saya putus. Minta maaf kawan-kawan dan pasukan produksi. Dah sampai masa untuk saya berehat,” tulisnya di bahagian kapsyen. 

Ketika ini penggambaran filem The Original Gangster yang membariskan pelakon-pelakon terkenal tanah air dan Indonesia seperti Beto Kusyairy, Datuk Rosyam Nor, Sharnaaz Ahmad, Shaheizy Sam, Yayan Ruhian dan Soffi Jikan sedang berlangsung.

Sementara itu, di ruangan komen hantaran berkenaan, kelihatan ramai rakan selebriti yang mendoakan kesembuhan Hairul antaranya Beto Kusyairy, Gambit Saifullah, Zizan Razak, Hun Haqeem, Yayan Ruhian dan ramai lagi.

Semoga Hairul segera sembuh dan selamat berehat. – Getaran, 15 Februari 2023