Alami Masalah Kesihatan, Ji Suk Jin Berehat Seketika Dari Running Man 

19 Dec 2023 • 5:18 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Alami Masalah Kesihatan, Ji Suk Jin Berehat Seketika Dari Running Man

SEOUL — Pelawak dan penyanyi Korea Selatan, Ji Suk Jin dilaporkan berehat seketika daripada rancangan Running Man akibat masalah kesihatan, lapor AllKpop.

Agensi yang mewakili pelawak itu, Esteem Entertainment memberitahu Suk Jin mengambil keputusan itu selepas menjalani rawatan.

image is not available
Gambar: Instagram: Jee Seok Jin

“Baru-baru ini, Ji Suk Jin telah dinasihatkan untuk menjalani rawatan kesihatan dan mengambil keputusan untuk berehat daripada rancangan itu.

“Dia mengambil tempoh yang singkat untuk berehat dan melakukan apa yang terbaik bagi mendapatkan semula kekuatannya agar dapat kembali dalam keadaan yang lebih sihat secepat mungkin.

“Kami amat berterima kasih atas sokongan dan kasih sayang yang berterusan untuk Ji Suk Jin,” kata agensi itu.

Mengulas lebih lanjut mengenai proses selepas rawatan pemeriksaan kesihatan, Esteem Entertainment memberitahu OSEN, pihaknya enggan mengulas lebih lanjut mengenai privasi artis Korea Selatan tersebut.

image is not available
Gambar: Instagram: Jee Seok Jin

“Berhubung privasi Ji Suk Jin, kami tidak akan mendedahkannya, namun keadaanya tidak perlu dibimbangkan,” jelas agensi itu.

Untuk makluman, Ji Suk Jin menjadi ahli tetap dalam rancangan Running Man sejak 2010.

Running Man

Running Man merupakan salah satu rancangan realiti yang dibintangi oleh pelawak terkenal Korea Selatan, Yu Jae Seok, Ji Suk Jin, dan Yang Se Chan.

Bukan itu sahaja, penyanyi seperti Kim Jong Kook dan Haha termasuk pelakon, Song Ji Hyo turut mewarnai rancangan ini.

Dalam setiap episod, mereka perlu menyelesaikan misi yang diberikan di pelbagai lokasi bagi memenangi pertandingan yang dimainkan.

Sepanjang tugasan, ia dipenuhi dengan pelbagai aksi dan telatah mencuit hati peserta dalam usaha mengalahkan pasukan lain menerusi pelbagai strategi, kebijaksanaan dan kemahiran mereka.