Jika anda setia melakukan satu perkara, pasti ia membuahkan hasil dan ganjaran lumayan. Samalah halnya dengan Grab. Menggunakan Grab seharian, anda pastinya tidak kekurangan pilihan dalam apa jua proses. Dari pengangkutan kepada penghantaran, sehinggalah kepada perkhidmatan bayaran, tempahan makanan dan barangan runcit dari Jaya Grocer, kesetiaan serta kekerapan menggunakan Grab kini bakal memberikan anda penjimatan maksimum serta layanan istimewa menerusi program eksklusif mereka iaitu GrabVIP.

Sama seperti namanya, program GrabVIP ini memberikan pengalaman terbaik untuk anda yang kerap menggunakan perkhidmatan Grab. Ia bukanlah program mengumpul mata ganjaran sebaliknya merupakan keistimewaan eksklusif yang ditawarkan hanya kepada pengguna Grab yang layak. Antara keistimewaan yang bakal anda nikmati adalah:

- Travel Club Lounge di KLIA 1 & KLIA 2 – Sebelum berangkat bercuti, anda boleh meluangkan masa dengan lebih bergaya dan selesa melalui akses percuma ke Travel Club Lounge. Akses ini memberikan anda kemudahan ruang istirehat eksklusif lengkap dengan kudapan, makanan, serta sambungan WiFi.

- Lazada – Keahlian Lazada anda kini dinaiktaraf terus ke Lazada Platinum selama 30 hari. Dengan keistimewaan ini, barangan anda akan mendapat keutamaan dari segi perkhidmatan pelanggan, di samping akses kepada kupon diskaun bernilai lebih tinggi.

- IHG Hotels & Resorts – Dengan GrabVIP, anda boleh meningkatkan keahlian ke status Platinum Elite hanya dengan 6 malam, berbanding 40 malam yang biasanya diperlukan. Pada tahap keahlian ini, anda akan menikmati faedah eksklusif dengan lebih pantas sekaligus menjadikan pengalaman menginap anda lebih bernilai dan istimewa.

- GSC – Sebanyak 2 tiket wayang percuma ditawarkan untuk panggung wayang kelas BIG atau kelas Premiere.
Sistem Sokongan Grab Mengutamakan Pengguna GrabVIP Dalam Penggunaan Seharian
- Dengan GrabVIP, anda akan diutamakan untuk mendapatkan khidmat sokongan terpantas, kerana Grab menyediakan sokongan khusus bagi membantu anda sekiranya terdapat sebarang masalah.
- Sekiranya anda menempah makanan, penghantaran anda akan dinaiktaraf daripada Standard Delivery kepada Priority Delivery setiap bulan. Dengan keutamaan ini, penghantaran anda sentiasa didahulukan, sekali gus menjimatkan masa tanpa perlu menunggu lebih lama.
- Setiap bulan, anda akan menerima Ride Cover Basic secara percuma. Keistimewaan ini merangkumi baucar kelewatan pengangkutan Grab, serta perlindungan daripada kemalangan untuk 20 perjalanan setiap suku tahun.
Bagi melayakkan anda untuk GrabVIP, ia akan diberikan pada setiap suku tahun bergantung jumlah perbelanjaan anda pada tempoh suku sebelumnya. Pengguna yang mencapai tahap minimum menerusi tempahan makanan, pembelian barangan runcit, penghantaran barangan serta pengangkutan akan menerima keistimewaan GrabVIP pada suku seterusnya. Keistimewaan tersebut akan berterusan selagi mana perbelanjaan minimum dicapai.
Anda boleh menyemak status GrabVIP menerusi halaman pengguna dan akan menerima emel atau notifikasi sebaik sahaja layak untuk menikmati keistimewaan penawaran ini.
Dengan pengenalan GrabVIP, anda pastinya dapat meningkatkan pengalaman, kemudahan serta keutamaan dalam pelbagai urusan seharian, apatah lagi dengan akses yang dapat menambah nilai kehidupan lebih jauh daripada sekadar aplikasi. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi GrabVIP.
Penafian: Advertorial ini dibawakan oleh Grab Malaysia.
