
Alami Serangan Jantung, Dr Zaliha Maklum Keadaan Rafizi Semakin Baik
Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa memaklumkan keadaan kesihatan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dilaporkan semakin stabil selepas dilapor mengalami serangan jantung beberapa hari lepas.
Difahamkan, ahli Parlimen Pandan itu telah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Dr Zaliha Mustafa mengesahkan perkara tersebut dan berkata bahawa beliau telah mendapat maklumat mengenai perkara tersebut pada Khamis.
“Alhamdulillah, saya pun sudah dapat berita kelmarin beliau semakin sihat dan insya-Allah kita harap dalam masa terdekat akan kembali melaksanakan tugas. Doakan yang baik-baik,” ujarnya.
Beliau ditemui selepas menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) 2023 Zon Semenanjung di ILKKM Sultan Azlan Shah di Tanjung Rambutan, Tambun hari ini.
Rafizi kini difahamkan berada di bawah pemerhatian doktor selepas menjalani prosedur pembedahan sten jantung.
Sumber: Astro Awani
The post Alami Serangan Jantung, Dr Zaliha Maklum Keadaan Rafizi Semakin Baik appeared first on Siakap Keli.
