Rafizi dalam keadaan stabil: Dr Zaliha

21 Oct 2023 • 3:11 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

IPOH - Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa memaklumkan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang mengalami serangan jantung kini dalam keadaan stabil. 

Mengesahkan bahawa Rafizi dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Zaliha meminta rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan Ahli Parlimen Pandan itu.

"Alhamdulillah saya dapat berita kelmarin, beliau semakin sihat, kita harap dalam masa terdekat beliau kembali bertugas, doakan yang baik-baik," katanya ketika ditanya media mengenai keadaan terkini Rafizi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan sesi pertama Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Zon Semenanjung di ILKKM Sultan Azlan Shah, di sini, hari ini.

Difahamkan Rafizi dimasukkan ke pusat perubatan itu selepas mengalami serangan jantung awal minggu ini. - 21 Oktober, 2023

The post Rafizi dalam keadaan stabil: Dr Zaliha appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved