Alat muzik tradisional pelbagai kaum galakan perpaduan

1 Sep 2023 • 7:50 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUCHING - Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu pelajar meneroka lebih banyak cara untuk menggabungkan penggunaan alat muzik tradisional pelbagai kaum dalam persembahan kesenian mereka bagi menggalakkan lagi perpaduan dan menghargai kepelbagaian budaya dalam kalangan rakyat Malaysia.

Beliau berkata budaya perpaduan baharu boleh dipupuk dalam kalangan pelajar berbilang kaum di sekolah jika mereka diberi ruang menampilkan kreativiti dengan memainkan pelbagai jenis alat muzik tradisional dalam sesuatu persembahan seperti alat muzik sape Orang Ulu Sarawak dengan gendang tradisional Cina.

Berucap ketika merasmikan majlis penutupaan Kejohanan Sukan Bola Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia ke-10 di sini malam tadi, Abang Johari berkata persembahan oleh kumpulan pelajar pada majlis itu yang membawakan lagu terkenal Iban, “Bekikis Bulu Betis” dengan menggabungkan petikan sape dan pukulan gendang telah memberi inspirasi kepada beliau untuk mencetuskan idea budaya baharu itu.

“Semasa sedang duduk, saya cari satu perkataan yang boleh menggambarkan acara malam ini dan perkataan itu ialah ‘sadrum’ (kombinasi sape dan dram)...budaya baharu iaitu seorang pelajar suku kaum tempatan bermain dram dan menyanyi 'Bekikis Bulu Betis'. Ini adalah anugerah yang terbaik pada 31 Ogos ketika kita meraikan Hari Kebangsaan,” katanya.

Menurutnya rakyat Sarawak mudah menyesuaikan diri dengan budaya itu kerana mereka memiliki  tahap toleransi yang tinggi walaupun hidup dalam masyarakat berbilang kaum.

Lebih 2,000 pelajar, bersama guru dan ibu bapa daripada 65 Sekolah Menengah Persendirian Cina terlibat dalam kejohanan lima hari itu yang bermula Isnin lepas. - 1 September, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved