Hargai kemerdekaan dikecapi bangsa, negeri Sabah: Hajiji

LocalPolitics
27 Aug 2023 • 12:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor menyeru rakyat berbilang kaum di negeri ini untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan perpaduan yang telah terjalin.

Beliau berkata, dalam sambutan Hari Kebangsaan, perpaduan dan persefahaman dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan pegangan agama harus terus dipertingkatkan.

Katanya, ini penting bagi memastikan Sabah terus mengalami kemajuan dan pembangunan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

“Rakyat perlu menghargai kemerdekaan yang dikecapi oleh bangsa dan negeri Sabah. Sebab itu pada tahun ini selain menyambut Hari Kebangsaan, kita juga akan menyambut Hari Sabah yang menandakan hari kemerdekaan negeri daripada penjajahan British yang akan disambut buat julung kalinya pada 31 Ogos ini”, katanya ketika berucap merasmikan Karnival Sukan Larian & Berbasikal Lion Tuaran Merdeka 2023 di Padang Pekan Tuaran Sabtu lepas.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Hajiji berkata, semangat perpaduan, persahabatan dan saling menghormati dapat mewujudkan suasana harmoni, kemakmuran dan perpaduan.

Beliau berharap melalui karnival sukan anjuran Lions Club Tuaran bukan sahaja memupuk budaya bersukan, malah menyemarakkan semangat patriotisme dan kemerdekaan dalam kalangan rakyat.

Turut hadir Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Datuk Jahid Jahim, ADUN Pantai Dalit Pantai Datuk Jasnih Daya dan Presiden Kelab Lions Tuaran Kapitan Frankie Goh.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.