Albert Tei tak jadi lawan! Tarik diri, bantu BN gulingkan Anthony Loke di DUN Chennah!

LocalPolitics
13 Jul 2026 • 7:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli perniagaan, Albert Tei mengumumkan keputusan menarik diri daripada bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang dijadualkan berlangsung 1 Ogos depan.

Albert atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing, 37, berkata keputusan itu dibuat selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Menerusi hantaran di Facebook, Albert memaklumkan langkah berkenaan diambil bagi memberi laluan kepada calon MCA yang mewakili Barisan Nasional (BN), John Siow Kong Choon untuk bertanding di kerusi tersebut.

“Semalam saya telah berjumpa dengan Datuk Seri Wee Ka Siong (Presiden MCA). Selepas perbincangan dengan beliau, saya membuat keputusan untuk tarik diri bertanding di DUN Chennah, Negeri Sembilan melawan Anthony Loke Ketua Pemimpin DAP.
“Saya menyokong penuh calon MCA BN John Siow untuk bertanding di kerusi tersebut kerana saya telah membuat saringan bahawa beliau merupakan seorang yang berjiwa rakyat serta berkredibiliti menggalas amanah tersebut,” kongsinya di Facebook @Reformati Studio “Albert Tei” hari ini.

Image from: Albert Tei tak jadi lawan! Tarik diri, bantu BN gulingkan Anthony Loke di DUN Chennah!

Albert turut menyatakan komitmen untuk membantu kempen BN sepanjang tempoh berkempen PRN Negeri Sembilan yang bermula 18 hingga 31 Julai.

Artikel lain: Albert Tei mahu lawan Anthony Loke! Beri bayangan bertanding PRN Negeri Sembilan

Beliau berkata, sokongan akan diberikan sepenuhnya kepada John Siow, termasuk berada bersama calon berkenaan pada hari penamaan calon.

“Saya juga telah memaklumkan kepada John Siow bahawa saya akan berdiri di sebelahnya pada hari penamaan calon pada 18 Julai ini dan berjanji melakukan segala yang termampu untuk membantu BN menggulingkan Anthony Loke di DUN Chennah dan menumbangkan Pakatan Harapan di Negeri Sembilan,” katanya.

Image from: Albert Tei tak jadi lawan! Tarik diri, bantu BN gulingkan Anthony Loke di DUN Chennah!

Keputusan Albert itu sekali gus menyaksikan beliau tidak akan meneruskan hasrat untuk mencabar Anthony Loke yang merupakan calon DAP bagi kerusi DUN Chennah pada PRN Negeri Sembilan.

Sumber: FB 刁健城Albert Tei “烈火已灭 / Reformati

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved