Alcaraz cemas sebelum menang di Melbourne

13 Jan 2025 • 7:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Carlos Alcaraz. Foto Agensi

BINTANG tenis Sepanyol, Carlos Alcaraz memulakan kempen melengkapkan karier Grand Slamnya dengan kemenangan tidak sempurna 6-1, 7-5, 6-1, namun menghiburkan ke atas pemain Kazakhstan, Alexander Shevchenko di Margaret Court Arena untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Australia.

Juara empat kali kejuaraan utama berusia 21 tahun itu menyasarkan trofi sulungnya di Melbourne Park untuk menjadi pemain termuda memenangi keempat-empat kejuaraan Grand Slam ternyata mengharungi perlawanan pembukaan yang mencemaskan.

“Saya selalu mengatakan ini semua adalah hasil kerja keras. Saya cuba memberikan yang terbaik setiap hari dan itu rahsianya pada hari ini. Setiap hari saya cuba menjadi individu dan pemain yang lebih baik,” katanya yang mengakhiri cabaran di suku akhir edisi sebelum ini.

Pemenang Terbuka Perancis dan Wimbledon itu akan berdepan pemain Jepun, Yoshihito Nishioka yang berusia 29 tahun dalam aksi pusingan kedua.

“Dia seorang pemain yang sangat mantap. Jadi saya perlu fokus pada pukulan.

“Semoga saya dapat menikmati perlawanan yang dijangka sukar ini. Saya akan cuba memberikan aksi yang terbaik buat semua,” katanya yang juga juara Terbuka Amerika Syarikat 2022.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved