Algeria mahu hukum mati individu bakar hutan

WorldEnvironment
31 Aug 2026 • 4:12 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Algeria mahu hukum mati individu bakar hutan

ALGIERS: Presiden Algeria semalam mengarahkan perlaksanaan hukuman mati ke atas mana-mana pihak yang sengaja membakar hutan selepas siri kebakaran terbaharu di seluruh negara meragut 12 nyawa.

Abdelmadjid Tebboune mengeluarkan arahan berkenaan semasa mempengerusikan mesyuarat peringkat tinggi berhubung langkah menangani kesan kebakaran tersebut yang turut dihadiri pegawai kanan dan tentera, lapor stesen televisyen kerajaan.

Beliau mengarahkan Menteri Kehakiman untuk mengemukakan pindaan undang-undang itu menjelang 15 September, bagi menyediakan peruntukan hukuman mati ke atas individu yang disabitkan kesalahan sengaja membakar kawasan hutan.

Stesen televisyen kerajaan mendedahkan hukuman mati berkenaan hanya akan dilaksanakan selepas kesemua proses rayuan dari segi undang-undang selesai dan dimanfaatkan sepenuhnya.

Hukuman mati sebenarnya kekal berada dalam kanun keseksaan Algeria bagi beberapa kesalahan jenayah lain, namun negara berkenaan mengamalkan moratorium de facto (penangguhan pelaksanaan) terhadap hukuman mati sejak 1993.

Di bawah peruntukan undang-undang sedia ada, perbuatan sengaja membakar hutan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun atau penjara seumur hidup bagi kes-kes tertentu. -ANADOLU

The post Algeria mahu hukum mati individu bakar hutan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved