Penternak ikan rugi, helikopter ambil air kolam padam kebakaran hutan

Environment
31 Aug 2026 • 8:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penternak ikan rugi, helikopter ambil air kolam padam kebakaran hutan

JAKARTA  – Seorang pemilik kolam ikan di Banjar, wilayah Kalimantan Selatan rugi apabila pengambilan air oleh helikopter dari kolamnya untuk memadam kebakaran hutan dan tanah menyebabkan beribu-ribu ikan mati akibat tertekan, lapor portal berita Lambe Turah. 

Pemilik kolam bernama H. Ahmad Jailani berkata, operasi menggugurkan air dari udara atau ‘water bombing’ untuk memadamkan  kebakaran hutan dan tanah di kawasan itu menjejaskan perniagaannya. 

“Pengambilan air mengurangkan paras air kolam dengan ketara, yang kemudian menyebabkan tekanan kepada beribu-ribu ikan sehingga mati. 

“Pengambilan air ini dijalankan tanpa mendapatkan kebenaran terlebih dahulu. Perniagaan saya mengalami banyak kerugian,” kata Ahmad. 

Selain beribu-ribu ikan mati, penggantungan operasi turut menjejaskan kelangsungan mata pencarian. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan sebuah helikopter yang mengambil air dari kolam ikan Ahmad baru-baru ini. 

“Ini keadaan darurat. Air kolam renang juga diambil kerana darurat,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

The post Penternak ikan rugi, helikopter ambil air kolam padam kebakaran hutan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved