”Alhamdulillah, Ada Yang Nak Kahwin Tak Lama Lagi” – DJ Sonic Doa Fazura Juga Jumpa Jodoh

LocalEntertainment
25 Aug 2025 • 9:15 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia dj Sonic Fazura

Penyampai radio popular, DJ Sonic menitipkan kata-kata semangat dan doa khas buat sahabatnya, pelakon serta usahawan terkenal, Nur Fazura agar segera dipertemukan dengan jodoh yang baik.

Menerusi Threads, DH Sonic berkata yang tidak mustahil Fazura bakal mendirikan rumah tangga sekali lagi jika sudah tertulis dalam takdir.

Alhamdulillah, ada yang nak kahwin tak lama lagi. Sama-sama kita doakan semua urusan mereka dipermudahkan. Fazura? Big no… tapi mana tahu kan, dengan izin Allah.

DJ Sonic doa Fazura juga dapat jodoh

image is not available

Dalam hantaran yang sama, DJ Sonic turut mengajak orang ramai mendoakan Fazura dan anaknya, Nur Fatima, agar sentiasa diberikan kebahagiaan.

Doakan kita semua dipermudahkan urusan. Doakan Fatima (anak Fazura) dan Mommy (Fazura) ditemukan dengan insan yang terbaik dunia akhirat, Aamin.”

Kagum dengan ketabahan Fazura

image is not available

Menurutnya lagi, dia sangat kagum melihat bagaimana Fazura membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang sejak hampir setahun lalu.

Selama hampir setahun ini, Fazura membesarkan Fatima dengan kasih sayang, segalanya untuk Fatima.

DJ Sonic turut menyifatkan kehidupan Fazura kini banyak tertumpu pada kerjaya dan tanggungjawab sebagai ibu tunggal.

Fazura itulah, 24 jam kerja… siang malam. Doakan jodoh Fazura akan hadir juga tak lama lagi.

Pssttt! Kadang-kadang jodoh hadir pada saat yang kita tak sangka. Teruskan berdoa, terus kuat, kerana setiap ujian pasti ada hadiah yang menanti di hujung jalan.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.