”Fazura Sudah Tidak Berdiam Diri” – DJ Sonic Beri Peringatan

LocalEntertainment
22 Aug 2025 • 3:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia dj Sonic Fazura

Penyampai radio Nasional FM, DJ Sonic mendedahkan bahawa aktres popular, Nur Fazura kini tidak lagi akan berdiam diri apabila berdepan dengan fitnah atau tuduhan tidak berasas.

Menurut laporan Oh Bulan, Fazura sudah berubah menjadi lebih matang dan berani selepas melalui pelbagai pengalaman pahit dalam hidupnya.

Kalau dulu Fazura akan berdiam diri dan sabar saja kalau kalian bercakap buruk. Tetapi selepas 10 bulan lalu, Fazura sudah tidak berdiam diri.

Fitnah rumah tangga terdahulu Fazura jadi titik perubahan

image is not available

Kenyataan DJ Sonic dipercayai merujuk kepada serangan siber yang pernah diterima Fazura sebelum ini melibatkan isu rumah tangganya bersama bekas suami, Fattah Amin.

Kini, Fazura dikatakan lebih bersedia untuk mengambil tindakan sekiranya maruah dirinya cuba dijatuhkan.

Kalau penulisan kalian menimbulkan fitnah, tidak benar, buli siber dan jatuhkan maruah dia, memang dia akan ambil tindakan.

Peringatan tegas dari DJ Sonic

image is not available

Selain itu, DJ Sonic turut menasihati orang ramai agar berfikir panjang sebelum memuat naik sebarang hantaran di media sosial.

Jangan sampai suami atau ahli keluarga kalian DM Fazura dan mohon padam setiap respons daripada pihaknya. Ada yang telah dikenakan tatatertib bagi penjawat awam. Fikir sehabis baik sebelum kongsi.

Pssttt! Hati-hati bila menulis di media sosial. Kata-kata yang salah bukan saja boleh jatuhkan maruah orang lain, malah boleh makan diri sendiri.

Kredit: Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.