”Alhamdulillah, Allah Bagi Pinjam 5 Minggu” – Najwa Latif Alami Keguguran Anak Pertama

LocalEntertainment
10 Dec 2024 • 4:38 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Najwa Latif

Penyanyi terkenal, Najwa Latif berkongsi berita menyayat hati apabila mengalami keguguran pada usia kandungan lima minggu. 

Menerusi Instagram, Najwa meminta maaf kerana tidak dapat dihubungi ketika ini.

Saya mengalami keguguran. Sejujurnya, saya tidak bercadang untuk berkongsi perkara ini kerana ia sangat peribadi untuk saya dan suami.

Najwa Latif berterima kasih buat yang beri sokongan

image is not available

Najwa yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku, turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberi sokongan dan doa.

Saya sangat menghargai semua kata-kata baik anda. Jika boleh, izinkan kami bersedih dalam diam. Simpanlah kami dalam doamu.

Ucapan itu jelas menggambarkan kekuatan Najwa walaupun diuji dengan dugaan besar.

Rasa syukur walaupun sebentar

image is not available

Walaupun sedih, Najwa tetap bersyukur diberi peluang merasai pengalaman hamil walaupun hanya untuk lima minggu.

Alhamdulillah. Allah bagi pinjam 5 minggu. See you when we see you, bebibu.

Untuk info, Najwa mendirikan rumah tangga dengan Akwa Arifin pada 11 November 2022 di Batu Pahat, Johor.

#OhmediaNasihat

Kehilangan insan tersayang, termasuk yang belum lahir, adalah ujian berat. Namun, kesabaran dan keredaan seperti yang ditunjukkan Najwa mengingatkan kita bahawa setiap dugaan adalah tanda kasih Allah. Jangan lupa beri ruang untuk diri sendiri sembuh, dan hargai sokongan orang sekeliling.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Najwa Latif


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved