Najwa Latif Alami Keguguran, Syukur Diberi Peluang Mengandung 5 Minggu - “Tolong Izinkan Kami Bersedih Dalam Diam”

9 Dec 2024 • 6:59 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi Najwa Latif berkongsi berita sedih mengenai dirinya yang mengalami keguguran cahaya mata pertama.

Mohon maaf

Menerusi perkongsian di Instagram, Najwa memohon maaf kerana tidak dapat bercakap dengan sesiapa pun buat masa ini selain menghargai semua kata-kata yang baik daripada semua orang.

 

“Salam semua. Saya hanya nak kongsi perkembangan. Saya minta maaf sangat sebab tak boleh bercakap dengan sesiapa buat masa ini. Saya alami keguguran.

 

“Sejujurnya saya tak rancang untuk berkongsi perkara ini sebab ia sangat peribadi untuk saya dan suami. Tapi saya sangat hargai semua kata-kata baik daripada anda semua,” katanya.

Mohon doa & ruang

Pada perkongsian yang sama, Najwa memohon doa dan ruang untuk dia dan suaminya, penyanyi Akwa Arifin berduka dalam keadaan diam.

 

“Terima kasih kepada anda yang memikirkan saya waktu dalam keadaan sukar ini. Kalau boleh, tolong izinkan kami bersedih dalam diam.

 

“Teruskan berdoa untuk kami. Semoga kata-kata baik dan doa kembali kepada anda. Terima kasih,” ujarnya.

Dalam pada itu, Najwa turut meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk mengandung selama lima minggu.

 

“Alhamdulillah. Allah bagi pinjam lima minggu tapi jumpa awak bila tiba masanya, bebibu,” katanya.

 

Untuk rekod, Najwa berkahwin dengan Akwa pada 11 November 2022.