”Alhamdulillah, Keluarga Saya Merestui” – Fattah Amin Dedah Keluarga Suka Amira Othman

EntertainmentLifestyle
28 Mar 2025 • 12:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Fattah Amin Amira Othman

Pelakon Fattah Amin mendedahkan bahawa keluarganya menyambut baik kehadiran penyanyi Amira Othman dalam hidupnya.

Menurut laporan Oh Bulan, Fattah berkata yang keluarganya merestui hubungan baik mereka dan gembira dengan keakraban mereka.

Alhamdulillah, keluarga saya merestui. Mereka suka kerana Amira juga pernah hadir ke majlis bersama keluarga saya sebelum ini.

Amira Othman hanya rakan kerja?

image is not available

Walaupun ramai yang mula ‘shipping’ mereka sebagai pasangan, Fattah menegaskan bahawa hubungan mereka hanya sekadar rakan sekerja dan tidak lebih dari itu.

Dia rakan artis dan rakan sekerja yang baik. Tapi, nak cakap lebih pun tak berani. Kami hanya mesra sebagai teman sekerja.

Fattah Amin kirim doa

image is not available

Dalam pada itu, Fattah turut berkongsi bahawa dia mengirimkan doa buat Amira yang kini berada di Tanah Suci menunaikan umrah.

Dia ke sana pada waktu yang sangat istimewa, iaitu 10 malam terakhir Ramadan, di mana doa mustajab. Banyak doa saya kirimkan dan Insya-Allah, doanya dimakbulkan.

#ApaKataOhmedia

Bila dah serasi dan keluarga pun restu, siapa tahu masa depan kan? Apa pun, semoga hubungan baik ini membawa keberkatan buat mereka berdua!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Oh Bulan


The post

appeared first on

.