“Alhamdulillah, letaklah jawatan” -Tok Mat jawab hasrat Nga Kor Ming berundur

LocalPolitics
30 Jun 2026 • 1:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Barisan Nasional (BN) tidak menghalang hasrat Timbalan Pengerusi DAP, Datuk Seri Nga Kor Ming untuk meletakkan jawatan sekiranya parti itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Jangan cakap besar sangat”

Memetik laporan Astro Awani, kemenangan BN di Johor hanya melibatkan pembentukan kerajaan negeri dan tidak mempunyai kaitan dengan isu melibatkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak atau Kerajaan Persekutuan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Alhamdulillah, letaklah jawatan. Memang kita nak dia letak jawatan. Kalau BN menang di Johor, kita hanya tubuh kerajaan negeri sahaja. Kerajaan negeri tidak ada kena-mengena dengan hal-hal di Persekutuan.
“Jadi janganlah cakap besar sangat. Kalau dia nak letak jawatan, letaklah jawatan segera. Tidak ada masalah bagi kita,” katanya.

Beliau menyatakan perkara tersebut selepas menghadiri sesi sarapan pagi bersama calon DUN Simpang Jeram, Azman Ismail dan calon DUN Bukit Naning, Ghazali Sabari.

Image from: “Alhamdulillah, letaklah jawatan” -Tok Mat jawab hasrat Nga Kor Ming berundur

BN beri tumpuan kepada kempen berasaskan rekod pentadbiran

Mengulas dakwaan BN berdepan kesukaran mencapai sasaran kemenangan 40 kerusi, khususnya di kawasan majoriti pengundi Cina, Mohamad enggan membuat spekulasi dan menyifatkan perkara itu sebagai subjektif.

Sebaliknya, beliau berkata BN memberi tumpuan kepada kempen yang berasaskan rekod pentadbiran kerajaan negeri serta usaha meneruskan pembangunan Johor di bawah kepimpinan Menteri Besar.

“BN memberi tumpuan kepada kempen yang berasaskan rekod pentadbiran kerajaan negeri serta usaha meneruskan pembangunan Johor di bawah pimpinan Menteri Besar.
“Johor kini berada pada kedudukan terbaik dari segi penerimaan pelaburan asing, sekali gus dijangka meningkatkan hasil negeri dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya lagi.

Image from: “Alhamdulillah, letaklah jawatan” -Tok Mat jawab hasrat Nga Kor Ming berundur

Beliau memaklumkan peningkatan hasil negeri itu akan terus dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat menerusi pelbagai inisiatif dan bantuan yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Sebelum ini, dalam temu bual eksklusif bersama Oriental Daily, Nga Kor Ming berkata DAP tidak menolak kemungkinan menarik diri daripada kerajaan sekiranya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dibebaskan kerana perkara itu merupakan “garis merah” parti tersebut.

“‘UMNO menang besar, Najib pulang ke rumah’ memang merupakan agenda UMNO.

“Kita semua tidak perlu berpura-pura tidak tahu dan menipu diri sendiri. Ini adalah satu fakta yang pasti.

“Terus-terang cakap, jika benar-benar Najib dibebaskan hari ini tanpa sebarang kesalahan, saya akan menjadi orang pertama meletak jawatan,” katanya.

Image from: “Alhamdulillah, letaklah jawatan” -Tok Mat jawab hasrat Nga Kor Ming berundur

Sumber: Astro Awani (Natasha Yasmin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved