PM Anwar pertahan Nga! Cuma umum projek dah diluluskan, bukan kesalahan pilihan raya

LocalPolitics
30 Jun 2026 • 2:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil mempertahankan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, susulan kritikan terhadap pengumuman beberapa projek pembangunan di Johor menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), lapor Malaysiakini.

Isu tersebut merujuk kepada pengumuman Nga pada 25 Jun lalu, iaitu dua hari sebelum hari penamaan calon mengenai peruntukan berjumlah RM216.44 juta oleh Kerajaan Persekutuan bagi pelaksanaan projek perumahan, kemudahan awam serta kebajikan komuniti di Johor.

Image from: PM Anwar pertahan Nga! Cuma umum projek dah diluluskan, bukan kesalahan pilihan raya

Foto arkib: Nga Kor Ming

Daripada jumlah itu, RM2.5 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih 10 blok Flat Taman Ungku Tun Aminah di Skudai. Pengumuman tersebut kemudiannya dijadikan bahan kempen oleh calon DAP bagi kerusi Skudai, J Kartiyani.

Menjawab isu itu di Dewan Rakyat, Anwar menegaskan pengumuman berkenaan tidak boleh dianggap sebagai satu kesalahan pilihan raya kerana peruntukan tersebut telah diluluskan menerusi belanjawan yang dibentangkan tahun lalu.

Mengulas mengenai pengumuman projek kerajaan secara umum, beliau berkata, perkara itu telah dirujuk kepada Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan bahawa pengumuman projek baharu tidak dibenarkan sepanjang tempoh kempen pilihan raya.

Image from: PM Anwar pertahan Nga! Cuma umum projek dah diluluskan, bukan kesalahan pilihan raya

Foto arkib: Nga Kor Ming

Namun begitu, menurut beliau, pengumuman yang dibuat sebelum hari penamaan calon adalah dibenarkan.

Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya memperuntukkan perkara berkaitan aktiviti berkempen seperti penganjuran perhimpunan dan penggunaan bahan kempen, tanpa menyentuh secara khusus mengenai pengumuman projek kerajaan.

Dalam pada itu, Seksyen 10(a) akta yang sama menetapkan bahawa menjadi satu kesalahan untuk menawarkan, menjanjikan atau memberikan wang atau apa-apa balasan bernilai kepada pengundi bagi mempengaruhi undi, sama ada sebelum, semasa atau selepas pilihan raya.

Walaupun demikian, Akta Kesalahan Pilihan Raya sering dianggap mempunyai kelemahan dari sudut penguatkuasaan kerana SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman terhadap pelanggaran di bawah akta tersebut.

Sumber: Malaysiakini

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved