“Alhamdulillah, Mayat Sudah Dijumpai” – Isteri Lelaki Terjatuh Dari Jambatan Pulau Pinang

18 Nov 2025 • 12:51 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Detik penuh cemas selama hampir dua hari berakhir pagi ini bagi Nurul Natasha Amyra Ishak, 19, apabila jasad suaminya, Elmi Nur Zamani Aizat Abdul Azim, 25, yang dikhuatiri lemas di Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang, akhirnya ditemui.

Lelaki terjatuh jambatan pulau pinang ditemui

image is not available

Melalui perkongsian di akaun TikTok miliknya, @mummylee._, Nurul Natasha menulis dengan penuh syukur,

“Alhamdulillah, mayat dah dijumpai,” mengakhiri detik menunggu yang penuh emosi bagi dirinya dan keluarga.

image is not available

Sebelum penemuan itu, Nurul Natasha mengakui hatinya reda tetapi tetap berharap agar jasad suaminya dapat ditemui sekiranya benar dia telah pergi.

Artikel lain: Suami Terjatuh Jambatan Pulau Pinang, Isteri Hamil Lima Bulan Minta Henti Spekulasi

Menurut laporan media pada Ahad lalu, mangsa dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari jambatan ketika berada di Kilometer 2.8, arah dari Pulau ke Perai.

image is not available

Mangsa juga dilaporkan meninggalkan bungkusan plastik berisi pakaian, telefon bimbit, dan motosikal Yamaha Y16 di tepi tembok jambatan sebelum kejadian.

image is not available

Usaha mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan hampir dua hari akhirnya berhasil, menamatkan keresahan keluarga dan orang tersayang.

Sumber: TikTok @mummylee._

The post “Alhamdulillah, Mayat Sudah Dijumpai” – Isteri Lelaki Terjatuh Dari Jambatan Pulau Pinang appeared first on Borak Daily.