“Alhamdulillah,” Misai Dah Dipulangkan Semula 

29 Oct 2025 • 6:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

“Alhamdulillah,” Misai Dah Dipulangkan Semula

Kucing yang dipelihara di Stesen Minyak Shell Beseri di Perlis telah selamat dipulangkan semula pada hari ini.

Menerusi siaran langsung di TikTok Shell Beseri, kucing yang dikenali sebagai Misai itu dilihat sedang tidur di atas kerusi.

Menurut pekerja di stesen minyak terbabit, Misai telah dihantar semula oleh seorang individu pada petang Rabu.

“Orang itu minta maaf dan dia tidak tahu kucing ini bertuan,” kata pekerja terbabit di dalam siaran langsung itu.

Terdahulu, pekerja stesen minyak itu merayu kepada individu yang dipercayai mengambil Misai agar memulangkannya semula ke stesen berkenaan.

“Kalau ada siapa terambil, kami maafkan. Tapi mohon jasa baik hantar balik ke stesen. Kami ada rakaman CCTV dan kami rindu kucing kesayangan kami. Misai juga ada penyakit FIP dan dia tak sihat, kami tengah rawat dia,” kata pekerja Shell menerusi satu kiriman di TikTok.

Kucing hitam putih yang berbulu lebat itu bukan sekadar penghuni biasa, malah sudah lama menjadi kesayangan para pekerja yang menjaganya di kawasan stesen.

Dengan memakai ‘uniform’ Shell, Misai juga mendapat perhatian warganet kerana keletahnya yang seakan seperti pekerja di situ.

Bahkan, video-videonya telah mendapat ratusan ribu tontonan di TikTok.

Sumber: Shell Beseri