‘Alhamdulillah, Pak Lah sihat’

Politics
20 May 2023 • 4:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sumber gambar dari Facebook Nordin Kardi pada Sabtu

SHAH ALAM - Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi memaklumkan bahawa keadaan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah kini masih lagi sihat.

Perkara itu dikongsikan oleh Nordin melalui siaran di akaun Facebook rasminya pada Sabtu.

“Alhamdulillah. Beliau (Pak Lah) sihat,” katanya pada Sabtu.

Terdahulu, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendedahkan mengenai penyakit demensia yang dihidapi oleh Pak Lah.

Menurut bekas Ketua Pemuda itu, Pak Lah mula menunjukkan tanda kemerosotan kognitif (cognitive impairment) sejak 2009 selepas beliau bersara daripada jawatan Perdana Menteri.

Ujar Khairy Jamaluddin, pada ketika itu beliau bertanyakan pandangan keluarga mentuanya sama ada boleh berkongsi mengenai kesihatan Pak Lah kepada umum.

View Original Article