Alhamdulillah, penyanyi rap Lil’ Jon peluk Islam. ‘Terima kasih atas curahan kasih sayang dan positiviti’

18 Mar 2024 • 1:35 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PENYANYI rap Amerika Syarikat, Lil’ Jon kini bergelar saudara baharu selepas memeluk agama Islam baru-baru ini.

Berita gembira itu diketahui ramai apabila video yang memaparkan Lil’ Jon atau nama sebenar Jonathan H Smith, 53, melafazkan kalimah syahadah dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris pada Jumaat di sebuah masjid di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) tular di media sosial.

Lil’ Jon menerusi laman sosial Instagram menitipkan ucapan terima kasih kepada umat Islam yang mengucapkan tahniah, memberikan sokongan dan semangat.

image is not available

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada saudara sekalian atas curahan kasih sayang dan positiviti,” kongsinya.

Menurut portal berita Turki, Daily Sabah, penyanyi rap itu mengumumkan keputusannya itu di hadapan jemaah yang besar.

Jon yang memakai kopiah merah dalam video berdurai 1 minit 50 saat itu lancar melafazkan syahadahnya di King Fahd Mosque.

Beliau yang juga DJ dan penerbit cukup dikenali dalam arena muzik Hollywood melalui beberapa lagu serta kolaborasi dengan artis lain termasuk Yeah oleh Usher.

image is not available

Pada minggu pertama Ramadan, saintis sel stem terkemuka Henry Larson dilihat melafazkan kalimah syahadah dalam satu video tular di media sosial.

Selain itu, aktivis terkenal Shaun King turut mendapat perhatian media antarabangsa atas keputusannya memeluk agama Islam Ramadan tahun ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!