“Alhamdulillah Rezeki Allah Bagi Tahun Ini” – Izreen Azminda Hamil Anak Keempat, Peminat Ucap Tahniah

Entertainment
19 Feb 2024 • 11:00 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon sensasi, Izreen Azminda mengumumkan satu berita gembira iaitu dia kini sedang hamil cahaya mata keempat.

Berita tersebut dikongsikan Izreen menerusi satu hantaran di Instagram di mana dia memuat naik sekeping foto memaparkan ‘baby bump’ berserta kapsyen pujian kepada Allah.

Namun begitu, aktres ini tidak pula mendedahkan usia kandungannya kepada peminat.

Alhamdullilah rezeki Allah nak bagi tahun ini.

Dalam pada itu, dia turut mendoakan ibu-ibu di luar sana yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat untuk terus berjuang dan dikurniakan anak suatu hari nanti.

Menjengah ke ruangan komen, pengikut media sosial Izreen tampil mengucapkan tahniah kepada pelakon itu.

Sekadar info, Izreen telah mendirikan rumah tangga bersama pemuzik, Muhamad Radzi atau lebih dikenali sebagai Ude pada Ogos 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aaron Ibrahim dan Ali Idress.

Izreen juga mempunyai seorang cahaya mata lelai iaitu Adrian Umar hasil perkahwinannya yang terdahulu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 8 hours ago

"Kesayangan Biduanita Negara.." - Sambut Hari Lahir Datuk Khalid, Video Sambutan Siti Nurhaliza Dan Tengku Zawyah Jadi Tumpuan