‘Alhamdulillah, terima kasih ALLAH.‘ Genap 44 tahun, Siti Nurhaliza ‘celebrate birthday’ di Turkiye

Entertainment
11 Jan 2023 • 1:39 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

RATU pop tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak asing lagi. Bersuara lunak dan merdu, ramai yang membesar mendengar lagu-lagu dendangannya.

Pejam celik, Siti atau nama penuh Siti Nurhaliza Taruddin rupanya sudah genap 44 tahun. Pernah disenaraikan sebagai 500 muslim berpengaruh, ibu kepada dua cahaya mata itu menitipkan syukur.

“Alhamdullillah, terima kasih Ya ALLAH, segala yang KAU kurniakan padaku.

“Hanya pada-MU segala puji bagi ALLAH sekalian alam,” titip Siti di Instagram.

image is not available

Sedang berada di Turkiye, Siti berkongsi sambutan hari lahir bersama suami, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, anak-anak dan rakan.

“Terima kasih suami tersayang yang sudah bersama melayari dan menjaga saya serta anak anak sebaiknya,” katanya yang sedang berada di Turkiye.

Turut disapa Tokti, penyanyi itu berkongsi foto dan video bermain salji di Pusat Ski Kartepe.

image is not available

Sempena ulang tahun kelahiran, penyanyi tersohor itu menerima ucapan dan doa daripada rakan selebriti dan warga maya.

image is not available

– “Sanah helwah Tokti . Moga panjang umur , happy selalu dan kekal bahagia . Seronok tengok keluarga Tokti dan anak-anak.” –
@elizadsharifuddin

– “Happy Birthday Tokti.” – @dianadanielleb

– “Happy birthday dear @ctdk. May ALLAH bless always.” – @norynaziz

– “Happy birthday ibu. Semoga dirahmati oleh ALLAH sekeluarga dan dilindungi sentiasa.” – @shieraijoy.

image is not available

Baru-baru ini Siti berkongsi membeli kediaman di The Address Residences, Dubai dan membuat house tour menerusi Insta Story.

Siti berkahwin dengan Datuk K pada 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata, Siti Aafiyah, 4, dan Muhammad Afwa yang berusia setahun.

Fakta Siti Nurhaliza

image is not available

1-Siti dilahirkan pada hari Khamis, 11 Januari 1979 di Berek Polis Kampung Awah, Temerloh, Pahang.

2-Beliau adalah anak keempat dalam tujuh adik-beradik kepada pasangan pegawai polis berpangkat Koperal, Tarudin Ismail dan suri rumah dan peniaga, Siti Salmah Bachik.

image is not available
Kredit foto: Instagram ctdk

3-Siti berasal daripada keluarga penggemar muzik. Adik-beradiknya, Saiful Bahri, Siti Norsaida dan Siti Nursairah juga bergelar penyanyi.

4-Datuknya, Bachik Abdul Rahman ialah seorang pemain biola yang terkenal manakala ibu beliau seorang penyanyi irama etnik.

5-Siti merupakan artis Malaysia yang paling banyak menerima anugerah apabila rekod beliau telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2001.

Sumber: Instagram @ctdk

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan