Siti Nurhaliza baca ramalan cuaca berita RTM malam ini

21 Dec 2022 • 6:01 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 21 DIS: Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bakal menyampaikan ramalan cuaca dalam Berita Perdana siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), 8 malam ini.

Menurut ketua setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, pelantun lagu Cindai itu turut muncul dalam slot Berita Wilayah, yang bersiaran jam 5 petang tadi.

“Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berbesar hati atas kesudian penghibur terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza berkolaborasi dengan menyampaikan ramalan dan keadaan cuaca pada 21 Disember.

“Kolaborasi itu diharap dapat mengalakkan orang ramai mengikuti keadaan cuaca dan bertindak mengikut nasihat berkaitan risiko bencana seperti banjir, angin kencang dan laut bergelora,” katanya di Facebook.

Sementara itu, kementerian dalam hantaran di Facebook menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dengan amaran awal bah dan mendapatkan maklumat di publicinfobanjir.water.gov.my.

Maklumat tambahan juga boleh didapati menggunakan aplikasi MyPublic Infobanjir dan myCuaca, yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan App Store.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved