Ali Puteh luah syukur dapat pertahan legasi keluarga Syed, Sharifah

21 Feb 2024 • 11:21 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelawak, Ali Puteh luah syukur dapat pertahan legasi keluarga yang memegang gelaran syed dan sharifah susulan pertemuan dengan anak kepada allahyarham abangnya, Abam Bocey iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey.

“Mak, abang! Angah dah selesaikan semuanya…”

Menerusi perkongsian di platform TikTok Ali Puteh, dia telah membawa anak-anaknya sekali bertemu dengan Hamzah sewaktu ingin menyerahkan bayaran saman fitnah yang perlu dibayar kepada bekas kakak iparnya, Hidayah.

“Syukur ya Allah dengan ujian ini. Mak, abang! Angah dah selesaikan semuanya…berjumpa dah mereka sebagai saudara kandung.

InsyaAllah Syed Sharifah legacy kita tak akan terputus,” tulisnya dalam video pertemuan tersebut.

@aliputeh89

Dengan izin dari allah semua ini terjadi.. Insyaallah terus berjuang demi keluarga.. Setiap yg pahit pasti ada manisnya.. Janji allah itu pasti setiap ujiannya pasti ade hikmahnya.. Terus membesar anak anakku semua.. Hubungan saudara kite tidak akan terputus dan pasti kite pertahankan.. Insyaallah #syedsharifah #silaturrahim #teruskuatdemimereka

♬ original sound – aliputeh – aliputeh

Ali Puteh luah syukur dapat pertahan legasi, akan berjuang demi keluarga

Ujarnya lagi, dia akan terus berjuang demi keluarga dan bersangka baik bahawa setiap yang telah berlaku telah diizinkan oleh Allah S.W.T.

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, memaklumkan yaang setiap ujian daripada Allah pastinya ada hikmah.

“Dengan izin dari allah semua ini terjadi. Insyaallah terus berjuang demi keluarga. Setiap yg pahit pasti ada manisnya.

Janji allah itu pasti setiap ujiannya pasti ade hikmahnya,” tulisnya.

image is not available

Ali Puteh luah syukur dapat pertahan legasi, doakan anak2 akan pertahan hubungan keluarga

Ali turut berharap agar hubungan persaudaraan antara Hamzah dan anak-anaknya tidak terputus dan akan berusaha untuk dipertahankan di masa hadapan.

“Terus membesar anak anakku semua. Hubungan saudara kite tidak akan terputus dan pasti kite pertahankan. Insyaallah,” ujarnya lagi.

image is not available

Semalam, Ali Puteh telah membawa wang tunai sebanyak RM75, 000 bagi membayar tuntutan hutang saman fitnah terhadap Hidayah beberapa tahun lepas.

Walaupun tidak dapat menyelesaikan bayaran berkenaan kerana diminta untuk berhubung dengan peguam, Ali berasa lega dapat bertemu dengan anak saudaranya, Hamzah.

Difahamkan, dia sudah empat tahun tidak bertemu Hamzah sejak abangnya, Abam Bocey meninggal dunia sekitar Februari 2020.

Sumber: TikTok aliputeh89