“Kalau Roger Boleh Layan Macam VVIP” – Adik Hidayah Bakar ‘Line’, Cuba Provok Ali Puteh?

21 Feb 2024 • 11:31 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Semalam, pelawak Ali Puteh dan keluarga hadir ke rumah balu Allahyarham Abam, Siti Norhidayah untuk membayar duit saman berjumlah RM75,000.

Namun, Hidayah menolak bayaran itu dan meminta Ali berjumpa dengan peguam. Pada perjumpaan petang itu, Ali sempat bersemuka dengan anak saudaranya, Syed Uthman Hamzah yang sudah empat tahun terpisah.

Ingatkan dah setel! Terbaru, timbul pula isu di mana adik kepada Hidayah iaitu Zainuddin memuat naik kenyataan seolah-olah cuba memprovokasi Ali.

Zainuddin memberi pesanan supaya Ali memberitahu niatnya dahulu sebelum terjah datang ke rumah. Katanya lagi, jika Ali ‘roger’, pihaknya sudah tentu akan melayan Ali seperti tetamu kehormat VVIP.

image is not available

Ujar adik Hidayah lagi, pelawak itu ‘acah-acah’ bagus siap datang bersama bodyguard ke rumah mereka pada petang Selasa.

image is not available

Tak berdiam diri, Ali pula membalas kenyataan mempersoalkan mengapa timbul rasa tak puas hati dari pihak sana sedangkan dia sudah berusaha untuk membayar saman tetapi ditolak.

Di ruangan komen, netizen menempelak adik Hidayah menyifatkan dia sengaja mencari pasal. Kata netizen, lebih baik pihaknya menegur Ali secara berhadapan bukannya menggunakan media sosial.

image is not available

image is not available

Kredit: Instagram zainuddin_94 | Instagram Ali Puteh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.