Industri perkhidmatan awan tergolong sebagai salah satu infrastruktur penting dalam arus pemodenan dengan pertumbuhan pusat data memainkan peranan penting dalam menyokong kemajuan ini. Alibaba Cloud yang telah bertapak di Malaysia sejak 2016, hari ini mengumumkan Zon Ketersediaan (Availability Zone) ketiga di negara ini yang terletak di Johor Bahru.

Zon Ketersediaan ketiga ini terdiri daripada dua pusat data baharu yang menjumlahkan keseluruhan lima pusat data awan Alibaba Cloud yang telah didirikan di Malaysia. Malah, pusat data Alibaba Cloud di Malaysia merupakan yang terbesar di Asia Tenggara buat masa ini. Sehingga kini, terdapat 104 Zon Ketersediaan di sekitar 32 kawasan bagi memastikan perkhidmatan awan Alibaba Cloud sentiasa tersedia untuk pelanggan.

Lebih daripada perkhidmatan awan, pusat data baharu ini juga bakal menyokong infrastruktur AI yang semakin mendapat permintaan pelanggan. Ini termasuklah sokongan perkhidmatan ejen AI yang bakal ditawarkan kepada pengguna Malaysia pada pertengahan kedua tahun ini. Antara produk ejen AI yang bakal diperkenalkan Alibaba Cloud antaranya AgentRun bagi membangunkan ejen pintar, STAROps yang akan bertindak sebagai platform operasi pintar, Agent Security Center bagi memastikan ejen AI dilindungi daripada sebarang ancaman siber dan bermacam lagi. Sekiranya anda sedia menggunakan Alibaba Cloud, anda boleh mencuba Qwencloud.com.

Perkhidmatan awan Alibaba Cloud kini digunakan oleh lebih daripada 300 syarikat di Malaysia termasuk beberapa yang dekat dengan kehidupan seharian seperti dompet digital Touch ‘n Go eWallet, bank digital Ryt, model AI bahasa Melayu melalui YTL AI Labs, Senheng, serta PRO-NET yang merupakan sebahagian daripada Proton dan memfokuskan kepada kereta elektrik serta tenaga baharu dan pelbagai lagi. Terbaharu, platform kreatif dikuasakan AI iaitu Morphyx.io dan TabSpace.ai turut memanfaatkan infrastruktur AI Alibaba Cloud menerusi model janaan Wan2.7 serta HappyHorse melalui Model Studio.

Dengan pengumuman utama Alibaba Cloud ini sedikit sebanyak membuktikan komitmen mereka dalam membangunkan infrastruktur teknologi tempatan bermula daripada perkhidmatan awan dan kini berkembang ke arah kecerdasan buatan. Hal ini turut dibuktikan melalui penganjuran KaryaWAN AI Challenge yang mencungkil bakat-bakat bijak memanfaatkan AI, menerusi video janaan Wan2.7. Mungkin kita bakal melihat lebih banyak kemajuan teknologi awan dan AI yang menggunakan Alibaba Cloud.
Penafian: Advertorial ini dibawakan oleh Alibaba Cloud.




