MG Malaysia Membuka Tempahan MG ZS Hybrid+ Pada Harga RM 99

LocalCars
11 Jun 2026 • 2:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan pertambahan kenderaan dan kemajuan penggunaan tenaga, kereta hibrid menjadi salah satu pilihan pengguna masa kini. Di acara KLIMS 2026, telah menjadi tradisi MG untuk memperkenalkan kereta yang baharu dan tahun ini mereka telah mengumumkan MG ZS Hybrid+. Ini merupakan versi ketiga MG ZS, dan model kedua dalam siri ZS yang diumumkan untuk pasaran tempatan.

Image from: MG Malaysia Membuka Tempahan MG ZS Hybrid+ Pada Harga RM 99

MG ZS Hybrid+ merupakan kereta hibrid elektrik SUV dalam segmen B, dengan bateri bersaiz 1.83 kW dan kombinasi enjin hibrid yang menghasilkan kuasa setinggi 158kW, 465Nm tork. Sebagai enjin hibrid, ia mempunyai kecekapan penggunaan petrol sebanyak 4.7L / 100KM.  Menariknya MG ZS Hybrid+ ini juga akan dipasang secara CKD di kilamg EPMB di Melaka, namun buat masa ini tiada sebarang maklumat berkenaan harga akhir. 

Image from: MG Malaysia Membuka Tempahan MG ZS Hybrid+ Pada Harga RM 99

Anda juga boleh melakukan tempahan MG ZS Hybrid+ di acara KLIMS 2026 dengan bayaran tempahan serendah RM99. Untuk tempahan awal yang terhad ini, pembeli juga akan menerima 3 tahun penyelenggaraan percuma, serta diskaun sebanyak RM 3,000. 

Image from: MG Malaysia Membuka Tempahan MG ZS Hybrid+ Pada Harga RM 99

Selain dari itu, MG juga turut mempamerkan MG IM6 di acara ini, iaitu kereta elektrik mewah sedan yang lengkap dengan bateri sehingga 100 kWh, membolehkan jarak perjalanan sehingga 670KM. Ia dilihat bakal bersaing dengan barisan EV premium yang lain seperti Denza Z9 GT, Hyundai Ioniq 6N, atau Volvo ES90.

Image from: MG Malaysia Membuka Tempahan MG ZS Hybrid+ Pada Harga RM 99
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved