Salah satu penyedia teknologi awan di Malaysia termasuklah Alibaba Cloud yang turut giat memperhebat bakat teknologi tempatan. Sehingga kini mereka telah melatih lebih 20,000 rakyat tempatan dalam bidang teknologi awan. Hari ini Alibaba Cloud mengumumkan komitmen terbaharu mereka untuk warga tempatan menerusi pelancaran Digital Accelerator Program.

Program pemecut ini merupakan kesinambungan dari program terdahulu, dan kali ini memfokuskan kepada tiga aspek. Pertamanya mereka akan meluaskan latihan digital dan akan menubuhkan Alibaba Cloud Academy Skill Centers sekurang-kurangnya di 5 universiti tempatan menjelang 2025. Ini merupakan lanjutan dari kerjasama Alibaba Cloud dan Universiti Malaya, dan kini bakal dibuka kepada lebih banyak institusi pendidikan.

Menerusi penubuhan akademi ini pelajar dan pendidik akan mempelajari teknologi awan seperti Janaan AI, sekuriti siber, analitis data dan bermacam lagi. Mereka turut menyasarkan sehingga 10,000 pelajar akan menerima pensijilan Alibaba Cloud dalam bidang ini. Tambahan juga, Alibaba Cloud akan turut meluaskan latihan digital mereka di luar Lembah Klang seperti Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah.

Untuk startup, Alibaba Cloud turut menyasarkan untuk melatih lebih dari 500 startup menjelang akhir 2025. Startup yang layak akan menerima dana dan sokongan bernilai sehingga USD 120,000 bagi menyokong proses digitalisasi dan juga pertumbuhan mereka. Startup terpilih juga akan menyertai pembentangan di acara Alibaba Cloud Demo Days pada masa yang akan ditentukan kelak.

Menerusi agenda ini juga, Alibaba Cloud akan bekerjasama dengan 50 vendor perisian tempatan (ISV) dalam memperkasa teknologi awan terutamanya dalam Janaan AI. Menerusi kerjasama ini, Alibaba Cloud dan ISV menyasarkan akan membantu sebanyak 1000 PMKS untuk digitalisasi industri mereka.
Dengan pengenalan Digital Accelerator Program oleh Alibaba Cloud yang menyasarkan pertumbuhan pesat bakat teknologi tempatan menjelang akhir tahun 2025, ia dilihat dapat menyemarak penggunaan teknologi awan dan juga AI dikalangan rakyat tempatan.

Anda mempunyai perniagaan sendiri? Langgan pakej U Business untuk internet perniagaan anda dengan 5 talian pada separuh harga iaitu RM50 setiap satu daripada U Biz Bundle. Dapatkan internet berkelajuan tinggi sehingga 1,000GB dengan UltraHotspot 5G dan perayauan percuma di 63 destinasi. Sesuai untuk perniagaan yang memerlukan kuota yang banyak, dengan proses muat turun dan muat naik yang stabil. Terima dua telefon pintar 5G percuma dan tambah RM50 sebulan untuk jalur lebar perniagaan 5G Office dengan penghala Wifi 6 5G, tanpa bayaran pendahuluan atau pemasangan rumit. Sesuai untuk perniagaan seperti kedai pop-up atau trak makanan. Layari laman rasmi U Business untuk maklumat lanjut.
