Pada hari ini Alibaba Cloud telah mengumumkan komitmen mereka dalam memperkasa bakat teknologi tempatan menerusi Digital Accelerator Program yang akan melibatkan institusi pendidikan, startup dan juga PMKS. Dalam acara yang sama Alibaba Cloud turut mengumumkan mengenai perancangan mereka untuk Pusat Data ke-3 di Malaysia.

Sehingga kini mereka telahpun mempunyai 2 Pusat Data Alibaba Cloud di Malaysia sejak 2017, bagi memudahkan dan mempercepat akses pelanggan mereka ke infrastruktur awanan mereka. Pusat Data ketiga ini masih dalam perancangan dan mungkin bakal disiapkan dalam tempoh 3 tahun.
Dalam berita lain, Alibaba Cloud turut mengumumkan pengguna tempatan kini boleh mengakses Model Studio, iaitu perkhidmatan janaan AI mereka yang menggunakan dataraya LLM Qwen yang turut mempunyai sehingga beratus bilion parameter. Perkhidmatan ini tersedia menerusi ‘Availability Zones’ berpusat di Singapura, dan bakal menyediakan lebih lagi pilihan janaan AI untuk pengguna tempatan.

