Alibaba Dan Baidu Dilaporkan Menggunakan Cip Tersendiri Dalam Melatih Model AI

WorldTechnology
13 Sep 2025 • 11:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Disebabkan oleh pelbagai perkara yang dilakukan oleh Amerika, syarikat-syarikat di luar negara tersebut telah mula berusaha untuk beroperasi secara kendiri, terutamanya di China. Terbaru, ia dilaporkan Alibaba dan Baidu telah mula menggunakan cip mereka tersendiri dalam melatih model kecerdasan buatan, sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap NVIDIA.

Ia dikatakan Alibaba telah mula menggunakan cip mereka tersendiri dalam melatih model-model kecil sejak awal tahun ini, sementara Baidu telah bereksperimen dalam melatih model Ernie AI baharu menggunakan cip Kunlun P800.

Selain firma teknologi yang melatih mengurangkan kebergantungan terhadap cip keluaran syarikat Amerika, pelbagai firma China juga kini berlumba dalam pembangunan semikonduktor tersendiri, selain kerajaan China sendiri menekankan dalam penggunaan teknologi yang dibangunkan dalam negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved