Alicia Amin Gembira Tak Perlu Simpan Rahsia, Mimi Lana Pula ‘Approved’ Pengganti Watak Intan - “Saya Tidak Dapat Bayangkan…”

11 Dec 2024 • 9:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Alicia Amin meluahkan rasa gembira apabila dia kini sudah tidak perlu lagi menyimpan rahsia mengenai dirinya memegang watak Intan dalam drama Andai Tiada Dia.

Tiada rahsia

Menerusi perkongsian di Instastory, Alicia turut memuat naik semula swafoto pernah dikongsikan pada 28 November lalu yang mendapat perhatian ramai.

 

“Ramai antara awak yang prihatin (sayang awak) bila saya kongsi foto ini. Gembira akhirnya dapat berhenti simpan rahsia ini,” katanya.

 

Dalam pada itu, Alicia yang juga seorang model terkenal mengakui dia turut akan menjadi marah jika ada orang lain yang menggantikan Mimi Lana dalam drama kegemarannya itu.

“Saya juga akan jadi marah jika seseorang menggantikan Mimi Lana dalam drama kegemaran saya. Tapi perjalanan penebusan Intan (atau mungkin tidak) baru bermula. So bare with her, guys,” kongsi Alicia.

Terima kasih

Berkongsi semula hantaran Alicia, Mimi mengucapkan terima kasih kepada aktres itu kerana sudi menjadi watak Intan yang dilihat sesuai dengan dirinya.

 

“Terima kasih kerana menjadi Intan, saya tidak dapat membayangkan orang lain selain daripada awak,” kata Mimi Lana.

 

Sebelum ini, warganet telah membuat spekulasi apabila Alicia akan mengantikkan watak Intan selepas Mimi Lana berkongsi sekeping gambar bersama dengan pelakon tersebut.

Menerusi perkongsian di TikTok Sooka juga, ramai netizen sudah mula membuat andaian bahawa watak Intan akan dimainkan oleh pelakon lain.

 

Dan nama Alicia Amin antara paling banyak disebut kerana wajah dan bentuk badan yang dilihat lebih kurang sama dengan Mimi Lana.

 

Sinopsis:

 

‘Andai Tiada Dia’ mengisahkan pasangan Suri, (Ummi Nazeera) dan Haikal, (Hisyam Hamid) yang sudah 7 tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan zuriat.

 

Tertekan dengan situasi sekeliling, Suri meminta izin kepada Haikal untuk melakukan IVF namun tidak diambil endah oleh Haikal kerana sudah selesa dan bahagia hidup tanpa memiliki anak.

 

Kematian Hisyam, adik kepada Haikal, meninggalkan seorang bayi malang berusia 4 bulan dan menggerakkan hati Suri untuk mengambilnya sebagai anak angkat.

 

Kehadiran Intan (Mimi Lana), adik kepada Suri dalam rumah tangga mereka mengeruhkan lagi keadaan apabila Haikal dan Intan mula menjalinkan hubungan sulit semasa Suri sibuk menjaga anak angkat mereka.

Drama yang menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Hisyam Hamid, Ummi Nazeera, Mimi Lana dan juga Zahiril Adzim itu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104).