Pelakon, Alicia Amin menjadi perhatian apabila berkongsi pandangannya mengenai kontroversi kematian seekor anjing bernama Rocky ketika operasi menangkap anjing liar di Klang.
Menerusi hantaran di Threads, Alicia berkata dia memahami reaksi pemilik haiwan itu kerana pernah kehilangan anjing peliharaannya akibat keracunan.
Advertisement
Tambahnya, dia akan terus bersuara kerana haiwan tidak mampu mempertahankan diri sendiri.
“Kalau anjing kesayangan saya berada dalam keadaan leher dijerat seperti itu, saya pun mungkin akan menendang, menangis, menjerit dan melakukan apa sahaja. Saya sendiri pernah kehilangan anjing husky akibat diracun. Kita tidak boleh berpura-pura seolah-olah tiada kebencian terhadap anjing.”
“We keep speaking because they can’t speak for themselves.”
Dalam satu lagi hantaran, dia turut menggesa mereka yang menerima kecaman kerana mempertahankan haiwan supaya terus berpegang kepada pendirian masing-masing.
Bagaimanapun, kenyataan tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang berpendapat situasi melibatkan anjing peliharaan dan anjing liar tidak boleh disamakan.
View this post on Instagram

“Its ur pet…. rocky tu anjing yg tk bertuan, anjing luar rumah, stray dog…..benda basis ni pun u tak leh compare, macam mana u boleh judge?”
Seorang lagi netizen pula mempersoalkan pendirian Alicia dengan mengingatkan bahawa isu sebenar turut melibatkan keselamatan penduduk.
Selain itu, ada juga yang menegaskan bahawa pemilik haiwan perlu bertanggungjawab memastikan haiwan peliharaan tidak membahayakan orang lain.
“Anjing ko duduk dalam rumah, ade kolar. Apsal plak PBT atau orang lain nak kacau anjing ko? Cerita Rocky tu anjing liar.”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Eloklah Zizi Bercerai Dengan Kau" - Yusuf Bahrin Kini Terlibat Aktif Dalam Politik, Ramai Peminat Kecewa?
The post Alicia Amin Muat Naik Foto Dengan Kapsyen Pertahan Hak Binatang Liar, Netizen Kecam – “Liberal Betul Kau Ni” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

